`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 7, 2022

Polis nafi pergaduhan kaum di Sungai Petani

 

Tangkap layar mendakwa kononnya berlaku pergaduhan antara kaum di Sungai Petani. (Gambar polis Kuala Muda)

PETALING JAYA: Polis Kuala Muda menafikan berita berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan kaum di Sungai Petani yang tersebar di media sosial.

Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata akaun, ‘Ayahanda-ayahanda Sungai Petani’ dipercayai menyebar berita tidak benar yang menimbulkan kegusaran masyarakat setempat.

“Polis menafikan kejadian seperti mana yang telah tular berlaku di Sungai Petani oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya menghentikan serta merta menyebarkan perkara tidak benar yang boleh mengguris sentimen masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Inspektor Ranveer Singh Purba Sintokh Singh di talian 018-4674764 atau 04-4299222.

Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut Harian Metro, berita kononnya berlaku pergaduhan teruk membabitkan dua kaum tular di media sosial dan turut disebarkan melalui kiriman mesej oleh individu yang sengaja mahu mencetus kekecohan.

Antara kandungan berita yang disebarkan itu mendakwa pergaduhan berlaku antara kumpulan kongsi gelap, puak pelampau serta turut membabitkan anggota polis sehingga perintah darurat terpaksa dikeluarkan.

Difahamkan, penyebaran berita palsu terbabit tercetus rentetan daripada kejadian seorang pengawal keselamatan yang dilibas pedang oleh seorang lelaki di sebuah tapak projek perumahan di Bukit Banyan Khamis lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.