`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 16, 2022

Salah guna kedudukan dapat projek, pengarah PBT, suami ditahan

 

Suami isteri itu dipercayai menyalahguna kedudukan bagi kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor bagi tempoh antara 2019 dan 2020.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suami isteri dipercayai terlibat kes menyalahgunakan kedudukan bagi mendapat kerja berkaitan penilaian daripada sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Sumber berkata, wanita terbabit yang juga pengarah di sebuah majlis perbandaran telah menggunakan kedudukannya untuk mempelawa syarikat yang mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melakukan kerja penilaian terbabit.

Katanya, wanita terbabit dan suaminya yang berusia lingkungan lewat 40-an ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Suami isteri ini dipercayai telah menyalahguna kedudukan bagi kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor bagi tempoh antara 2019 dan 2020.

“Suspek wanita dipercayai telah menggunakan jawatannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta yang mana suaminya mempunyai kepentingan bagi melakukan kerja penilaian membabitkan nilai keseluruhan lebih RM445,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pasangan terbabit akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.