`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 24, 2022

Banjir kilat di beberapa kawasan Pulau Pinang

 

Antara kawasan yang terjejas termasuk Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melaluinya.

ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa antara kampung dilanda banjir kilat termasuk Kampung Masjid, Kampung Manggis, Kampung Perlis, Kampung Binjai dan Kampung Seronok.

”Sebaik menerima maklumat, saya dan pasukan DUN terus ke kawasan terlibat bagi melihat dan membantu .. .puluhan rumah dilanda banjir kilat dan ada kediaman terjejas teruk terutama rumah yang terletak berhampiran Sungai Bayan Lepas.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya bimbang jika ada penduduk terperangkap banjir, namun alhamdulillah semuanya selamat. Setakat 10.15 pagi ini, air telah surut di beberapa kawasan dan tiada penduduk dipindahkan ke PPS,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Binjai Baseri Hashim ketika dihubungi berkata, kira-kira 30 rumah di Kampung Binjai dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat hujan lebat berterusan sehingga 9 pagi.

Beliau berkata, air mula naik di kawasan rumah penduduk selepas subuh.

Katanya, air naik terlalu cepat sehingga paras buku lali orang dewasa, namun mangsa terlibat sudah bersiap sedia serta mengambil langkah berjaga-jaga.

”Setakat ini, tiada penduduk dipindahkan ke PPS kerana air kembali surut selepas hujan berhenti tetapi penduduk tetap berjaga-jaga kerana bimbang hujan lebat akan berterusan,” katanya.

Beliau berkata, kampung tersebut kerap dilanda banjir jika hujan lebat berterusan kerana berada di kawasan tanah rendah dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera terutamanya membersihkan longkang serta parit agar tidak tersumbat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.