`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 8, 2022

Import telur tak selesai kekurangan bekalan jangka pendek, kerajaan diberitahu

 

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin mahu kerajaan menghentikan eksport telur ayam ke Singapura dan Hong Kong jika benar-benar terdapat kekurangan di Malaysia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah urusan rangkaian pasaraya Mydin, Ameer Ali Mydin mempersoalkan rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran dengan berkata, ia bukan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

Ameer berkata, tidak masuk akal untuk mengimport telur memandangkan Malaysia merupakan pengeksport bersih barangan makanan itu.

“Sekiranya bekalan tidak mencukupi, maka kita harus berhenti mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong supaya bekalan telur mencukupi untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada FMT Business.

“Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana (telurnya)? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Ameer berkata, jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, ia perlu menjelaskan sama ada mana-mana syarikat boleh mengimport telur atau peruncit perlu melalui syarikat yang dilantik.

“Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara tersebut,” katanya.

Tetapi Ameer berkata, sukar untuk melihat bagaimana langkah mengimport telur boleh menyelesaikan masalah.

“Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini,” katanya.

“Tetapi harga telur paling rendah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

“Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia,” katanya.

Ameer berkata, satu-satunya jenis telur yang terdapat di pasaran dalam kuantiti yang mencukupi ialah telur yang tidak tertakluk kepada kawalan harga, seperti Omega 3 yang boleh mencapai harga 75 sen sebiji.

Dakwanya, kebanyakan perniagaan terpaksa membeli telur jenis ini, dan ini menyebabkan harga lebih tinggi di kedai roti dan restoran.

“Perkara paling mudah dilaksanakan”, kata Ameer, adalah kerajaan menarik balik kawalan harga.

“Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.