`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 8, 2022

Main peranan ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan, Puad beritahu menteri Umno

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meminta menteri Umno bertindak mencari kebenaran, bukan membalas dendam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Umno perlu memainkan peranan sebagai “semak dan imbang” dalam kerajaan perpaduan, tanpa berkompromi dalam sebarang siasatan dakwaan salah laku, kata seorang pemimpin parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata ia bukan isu membalas dendam atau salah guna, sebaliknya penggiliran mencari kebenaran, sambil merujuk beberapa kes berprofil tinggi termasuk dakwaan salah laku ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“MKT Umno mesti kekal sebagai pendorong, ‘check and balance’ kepada kerajaan. Tiada kompromi.

“PN tidak boleh bantah. PN mesti terbuka siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan zaman Muhyiddin,” katanya di Facebook.

Ads by Kiosked

Pada 5 Dis, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan kira-kira RM530 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata, beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Sementara itu Puad yang juga ADUN Rengit berkata, Umno akan mengadakan mesyuarat MKT malam ini, yang pertama selepas enam pemimpin parti itu menyertai Jemaah Menteri.

Mereka ialah Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan; Setiausaha Agung Zambry Abd Kadir; Naib Presiden Umno Khaled Nordin dan Bendahari BN Selangor Tengku Zafrul Aziz. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.