`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 8, 2022

SPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen

 

Abdul Ghani Salleh berkata, diharapkan pilihan raya negeri bagi Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan nanti dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melihat kemungkinan memanjangkan tempoh untuk mengadakan pilihan raya melebihi 60 hari selepas pembubaran Parlimen atau DUN sepertimana yang diperuntukkan ketika ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata, perkara itu bagi membolehkan pihaknya melakukan persiapan sebaik mungkin berikutan pertambahan jumlah pengundi yang ramai setiap tahun.

“Kita akan cuba panjangkan lagi sebab tempoh sekarang ini (60 hari), daripada dahulu hingga sekarang agak sempit (suntuk) sikitlah, dengan keadaan jumlah pengundi yang banyak, iaitu daripada 14.9 juta sebelum ini meningkat kepada 21.1 juta.

“Kita juga kena ingat pengundi berusia 18 tahun ini tiap-tiap tahun akan bertambah sebanyak setengah juta,” katanya pada sidang media malam tadi, lapor Bernama.

Ads by Kiosked

Terdahulu, beliau hadir ke pengumuman keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai di pusat penjumlahan rasmi undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini.

Abdul Ghani berkata, antara persiapan yang perlu dilakukan SPR berikutan peningkatan jumlah pengundi termasuk menyediakan pusat dan saluran mengundi serta petugas.

Tambahnya, pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

“Ia akan memudahkan petugas kita, memudahkan kita membuat penyelarasan, itu yang terbaik tapi dari segi kos, sama juga,” katanya sambil menambah, pilihan raya bagi keenam-enam negeri tersebut dianggarkan menelan belanja kira-kira RM450 juta.

Ditanya waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya di enam negeri tersebut, Abdul Ghani berkata, perkara ini terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.

Abdul Ghani berkata, secara keseluruhan, proses pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah dan DUN Tioman di Pahang berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi agak baik.

Ads by Kiosked

“Secara keseluruhan saya lihat untuk PRU15, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 74.71(%) … satu gambaran masyarakat kita mengambil tanggungjawab untuk keluar mengundi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.