`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 7, 2023

Turunkan yuran skim rekalibrasi pekerja asing, kata Rehda

 

Program rekalibrasi dilanjutkan sehingga akhir tahun ini dan melibatkan lapan sektor termasuk pembinaan.

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menggesa kerajaan mengurangkan yuran RM1,500 untuk program rekalibrasi pekerja asing kerana jumlah itu tidak munasabah.

Dalam kenyataan, Presiden Rehda, NK Tong, berkata berkata yuran itu perlu ditetapkan serendah mungkin bagi menggalakkan industri menyertai program itu.

Menurutnya, matlamat kerajaan adalah membantu industri dan merangsang pemulihan ekonomi supaya firma boleh mengambil lebih ramai pekerja, sekali gus menjana keuntungan bagi membayar cukai.

“Program itu tidak harus dijadikan sebagai antara sumber pendapatan kerajaan. Memandangkan semua kos sedia ada terus meningkat, maka kerajaan sepatutnya dapat membantu (industri),” kata Tong.

Tambahnya, pengurangan yuran rekalibrasi membawa penjimatan untuk bakal pembeli rumah.

Beliau berkata, langkah memansuhkan yuran dokumentasi pinjaman perumahan contoh baik mengurangkan kos menjalankan perniagaan, sambil menambah sebelum ini kos itu ditanggung pengguna.

“Rehda menggalakkan majikan semua industri yang mempunyai pekerja asing tanpa izin agar mengambil bahagian dalam program rekalibrasi bagi memastikan kesejahteraan pekerja dilindungi selain projek serta perniagaan mereka dapat diteruskan semula tanpa masalah.

“Kami berharap ahli kami akan mematuhi undang-undang ini kerana keengganan berbuat demikian boleh menjejaskan pembangunan projek semasa dan pembangunan dirancang pada masa hadapan,” kata Tong.

Program rekalibrasi tenaga kerja adalah program khas meregularisasikan pendatang tanpa izin sebagai pekerja asing yang boleh diambil bekerja oleh majikan berkelayakan.

Program itu juga membolehkan pendatang tanpa izin pulang secara sukarela jika memenuhi syarat tertentu seperti ditetapkan pihak berkuasa.

Program itu dilanjutkan sehingga akhir tahun ini dan melibatkan lapan sektor iaitu perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian, perladangan, dan pembantu rumah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.