`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, May 24, 2026

Bersatu nafi bantah parti lain sertai PN

 Jumaat lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dakwa Bersatu tidak bersetuju usaha membawa masuk parti Melayu-Islam dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem ke PN.

Mesyuarat MT PN samsuri mokhtar
Biro Politik Bersatu menegaskan tidak wajar keputusan Majlis Tertinggi PN dicabar atau dipertikaikan di luar mesyuarat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bersatu kesal dan menafikan dakwaan kononnya parti itu membantah permohonan parti lain untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) seperti dibangkitkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Biro Politik Bersatu berkata pendirian parti itu ialah PN boleh mengadakan kerjasama pilihan raya terlebih dahulu dengan parti lain, sebelum kemasukan mereka sebagai anggota gabungan dipertimbangkan kemudian.

Katanya, pendirian itu selaras keputusan PN sebelum ini dan dikekalkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Mei lalu.

“Sebuah jawatankuasa turut diwujudkan untuk memperhalusi terma kerjasama pilihan raya, termasuk pembahagian kerusi.

“Walaupun pelbagai pandangan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN, keputusan ini dicapai secara bersama dan dipersetujui semua ahli mesyuarat,” katanya dalam kenyataan.

Biro Politik Bersatu turut menegaskan tidak wajar keputusan Majlis Tertinggi PN dicabar atau dipertikaikan di luar mesyuarat.

“Sehingga memberi gambaran seolah-olah ada presiden parti yang diberikan kuasa veto.”

Jumaat lalu, Hadi memberi amaran kepada Bersatu yang kesabaran parti itu ‘ada batas’ susulan beberapa tindakan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu didakwa melanggar semangat setia kawan dalam PN.

Ahli Parlimen Marang itu berkata antaranya pendirian Bersatu yang didakwa tidak bersetuju usaha membawa masuk parti Melayu-Islam dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem ke PN.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Mei lalu tidak membuat sebarang keputusan berkait permohonan Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) untuk menyertai gabungan itu.

Difahamkan, ketiadaannya susulan bantahan wakil Bersatu kerana khuatir parti baharu berkenaan akan menjadi ‘rumah baharu’ kepada Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin yang mendakwa disokong 18 Ahli Parlimen Bersatu, seterusnya berupaya menggugat kestabilan dalaman PN.

Hamzah dipecat Bersatu Februari lalu susulan krisis kepimpinan Bersatu. Turut berdepan tindakan sama beberapa Ahli Parlimen antaranya Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) dan Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.