Biro Politik Bersatu berkata kekuatan parti itu bukan hanya bergantung kepada jentera dan ahli, tetapi juga jenama Bersatu yang menjadi tarikan rakyat Malaysia.

Biro Politik Bersatu berkata kekuatan parti itu bukan hanya bergantung kepada jentera dan ahli, tetapi juga jenama Bersatu yang menjadi tarikan rakyat Malaysia.
“Wajah sederhana, inklusif, progresif dan dasar prihatin rakyat serta pengalaman yang wibawa telah melonjakkan sokongan pengundi kepada calon-calon Bersatu dan parti-parti lain dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan.
Sebagai rekod Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri pada 29 Feb 2020 hingga 16 Ogos 2021, dengan menerajui negara ketika Covid-19 melanda global.
Biro Politik Bersatu berkata demikian susulan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Jumat lalu bahawa parti itu tidak boleh mengulangi pendekatan lama dengan meletakkan lebih banyak calon berbanding kekuatan jentera di lapangan.
Hadi dilaporkan berkata pengalaman PAS dalam pilihan raya menunjukkan Bersatu kekurangan petugas ketika kempen, walaupun parti itu sering bercakap mengenai jumlah ahlinya.
Perkara itu antara isu dibangkitkan Hadi dalam kritikannya terhadap Bersatu, rakan komponennya dalam PN, sambil menegaskan partinya tidak akan tunduk lagi.
Jelasnya, Majlis Syura Ulama PAS akan meneliti setiap tindakan dibuat Bersatu sebelum keputusan lanjut diambil.
Menjawab dakwaan itu, Bersatu berkata parti berkenaan sentiasa berusaha memperkukuh kekuatan akar umbi.
Katanya, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ibu pejabat Bersatu menerima ratusan permohonan ahli baharu setiap hari.
“Perkembangan berkenaan membuktikan Bersatu sedang berkembang dengan tenaga baharu, khususnya dalam kalangan anak muda,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.