`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 7, 2013

Subsidi untuk rakyat yang berada antara hidup dan mati pun Kerajaan potong?


Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini.

Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun.

Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012.  



Pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (BGO) berkata mereka diberitahu oleh Kementerian Kesihatan supaya mencari dana di tempat lain kerana mahu memberi tumpuan kepada pesakit baharu.

Mereka juga berkata sesetengah pesakit telah menunggu kelulusan subsidi selama tiga tahun, bukannya tempoh seperti biasa, satu hingga tiga bulan.

Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan.

Melalui pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan NGO ini, mereka boleh memohon untuk subsidi dialisis sebanyak RM600 (RM50 bagi setiap dialisis) setiap bulan dan suntikan percuma.

Satu pemeriksaan secara rawak mendedahkan bahawa Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan masih mempunyai 200 pesakit yang masih menunggu untuk subsidi, 50 pesakit di St John’s Pt Selangor di Klang, 40 pesakit di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh pertubuhan agama yang enggan namanya disiarkan, 22 di Pusat Hemodialisis Rotary Pontian dan lima pesakit di Pusat Lions Renal KL. –mStar
  
..... Kenapa tidak dikurangkan sedikit perjalanan pemimpin-pemimpin negara dengan menggunakan jet rasmi yang menelan hampir RM500,000 setiap penerbangan dan salurkan hasil penjimatan itu untuk mereka yang benar-benar memerlukan ini?

RM470,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif  
Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.  
Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi. Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan.  
Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28.  
Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.  
Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini ~ Malaysiakini

Inilah contoh apa yang dikatakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..'

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.