`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 19, 2014

Kita Tukar Wadah, bukan Tukar Aqidah!



Esok malam saya bersama rakan2 lain akan berkempen di Teluk Intan. Saya nak beritahu si anu dari Pulau Pinang- hang jangan dok kata Dyana tak boleh dapat undi Melayu. Orang Melayu akan keluar menyokong Dyana Daud sebab fakta nya dia Melayu lah. Ada 38% pengundi Melayu di Teluk Intan. Jika mereka benar2 berjiwa Melayu bukan berjiwa UMNO- mereka akan sokong Dyana Daud. Sebab yang mereka sokong itu Melayu bangsa nya, Islam agama nya.

Saya gerenti ahli UMNO pun akan sokong Dyana Daud ini. Budak2 pemuda UMNO awal2 lagi kata mereka akan undi Dyana Daud. Ada yang sudah mencari nombor Dyana pun. Orang Cina pun yakin kepada orang Melayu, mengapa orang Melau sendiri tidak yakin pada bangsa nya? cakap Melayukan semua nya dahulu kan?

Memang benar- ibu Dyana ialah ahli UMNO dan masih UMNO pun. Yang orang UMNO hendak maki wa hamun, Yami Samat ini kenapa? Dia ibu kepada calun DAP ini. Sebagai ibu dia akan sokong anak nya. lain kali, dia akan sokong UMNO. Kali ini dia akan sokong anak. Itu pilihan dia. Dan dia bukan mengundi di Teluk Intan- jadi sokongan nya kepada anak nya sekadar sokongan moral. Berdosa orang UMNO jika menyuruh Yami Samat membuang anak nya. Dia mengundi di Ipoh. Calun UMNO Ipoh bolehlah kempen untuk dapatkan undi nya.

Ada pemberitaan mengatakan, saya pun jadi MP ditempat majority nya Cina. Saya syorkan sebelum tulis baik buat sedikit research. Raub- majoriti pengundi nya Melayu. Melayu 49%, Cina 44% dan baki nya India dan orang Asli. Jika orang Melayu tidak keluar mengundi dan meyokong, tidak mungkin saya dapat majoriti yang sedikit lebih dari yang pernah di perolehi oleh Ng Yen Yen dalam tahun 2008. Melayu keluar menyokong calun yang mereka pilih kerana kerana mereka Melayu Malaysia, bukan Melayu UMNO.

Jadi saya hendak ingatkan orang Melayu Teluk Intan- keluar mengundi dan menyokong Dyana Daud kerana mereka Melayu Malaysia bukan Melayu UMNO. Tidak jatuh bangsa dan tidak keluar agama jika tidak menyokong UMNO. Langit tindak runtuh, dunia tidak kiamat jika tidak sokong UMNO.

Orang Melayu tidak mati bergelimpangan di Pulau Pinang walaupun BN dan UMNO tewas. Orang Melayu tidak mati bergelimpangan di Selangor walaupun PR yang memerintah. Orang Melayu lagi tidak mati bergelimpangan walaupun PAS telah memerintah Kelantan zaman berzaman. Bukan UMNO yang beri kita rezeki, bukan UMNO yang melindung kita orang Melayu.

Saya telah membaca banyak komen yang tersiar dan diberitahu oleh rakan2 tentang sumpahan dan caci nista yang dilimparkan oleh askar2 syber UMNO. Atau penyokong2 mereka. Kali ini dunia tahulah, yang ada lasykar gelombang biru bukan DAP, tapi UMNO yang mendanai kegiatan budak2 ini.

Dyana Sofia bt Mohd Daud- Melayu bangsa nya dan agama nya Islam akan bertanding atas tiket DAP. Lawan nya, ialah dari Gerakan, bangsanya Cina dan agama nya bukan Islam. DAP parti yang majority pemimpin dan ahlinya Cina menaruh kepercayaan kepada Dyana Mohd Daud bukan kerana dia Melayu- tapi budak ini lebih meyakini prinsip perjuangan DAP.

Prinsip nya sekali lagi- mendirikan sebuah kerajaan baik yang demokratik, yang memerintah mengikut prinsip perintah ikut undang2 dan yang menjalankan dasar2 pengkerajaan yang adil dan saksama. DAP memperjuangkan golongan miskin yang tertindas dari semua bangsa dan melindungi mereka dengan melihat mereka sama rata disisi undang undang. DAP memperjuangkan sebuah negara secular dan demokratik.

Sumpah serapah, caci wa nista seperti penjilat DAP, murtad Melayu, anjing tokong Lim akan dilimpar kepada calun DAP Teluk Intan ini. Ini semua akan menjadi perkara biasa. Perkara yang lebih penting ialah jentera PR, akan berusaha untuk mengekalkan kerusi ini dalam tangan PR supaya kerusi parlimen kekal 89 dalam tangan PR.

Kita rasa hairan mengapa penyokong UMNO dan orang Melayu yang menyokong UMNO tidak boleh menerima fakta yang paling mudah- yakni bukan semua orang Melayu melanggani dasar dan prinsip perjuangan UMNO. Jika orang Melayu tidak mahu terima UMNO- apa masaalah nya. semua orang ada kebebasan memilih wadah perjuangan politik mereka.

UMNO dengki kerana ramai Melayu menyokong Pakatan rakyat. UMNO dengki, ramai Cina menyokong PAS. Sokongan UMNO sekarang hanya dikampung2 dimana orang Melayu dikekalkan dalam kemiskinan, ketergantungan dan ketakutan. Melayu yang bertambah yakin yang tahu bahawa yang melindungi mereka ialah system undang2 dan kesedaran hak2 mereka tidak meyakini pembohongan yang selama ini dilakukan oleh UMNO.

UMNO, bertarunglah di Teluk Intan dengan mempersembahkan penghujjahan mereka dikalangan rakyat disana. Ada 38% Melayu di teluk Intan suatu angka yang agak besar untuk dipengaruhi. UMNO tahu- sokongan dari Cina ialah suatu yang gone case. Ia pun tidak yakin bahawa ia akan dapat tarik sokongan orang Melayu.

Tersepit diantara dua tebing tinggi ini apa pilihan UMNO? Ia mesti terjun kedalam gaung dengan maki hamun, sumpah seranah, carut mencarut nya.

Professor kangkung dari universti mana- beritahu media bahawa sebagai anak muda berumur 27 tahun, Dyana akan mendapati jalan sukar. Dia akan berdepan dengan isiu hudud dan sebagai nya. yang hendak tanya soal hudud ini kenapa?  Bukan hudud isu nya dalam PRK Teluk Intan.

Tapi kalau gatal juga hendak tanya, tanya sama UMNO adakah mereka sokong hudud dan jika sokong sila bentangkan bill mengubah akta mahkamah syariah. Tanya calun gerakan pasal hudud. Tanya shahrizat Jalil tentang hudud. Tanya Sahibussamahah Al Fadhil, al ustaz Najib Razak al Pekani tentang hudud. Jawapan yang Melayu UMNO beri akan sama dengan jawapan yang Melayu DAP ini akan beri.

Soal anjing menganjing ini sama- jika Dyana Daud dianggap anjing DAP, calun Gerakan ialah anjing UMNO. Dimana orang Melayu UMNO nak taruh muka, bila ada calun Melayu, Melayu UMNO mahu sokong calun Cina juga.

Adakah Melayu UMNO menganggap bahawa orang itu jadi Melayu hanya jika jadi  ahli UMNO?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.