`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 13, 2014

Janda Muda Tak Insaf Buat Maksiat!


KUALA TERENGGANU – Seorang janda muda yang sebelum ini pernah dijatuhi 
hukuman atas kesalahan berkhalwat, dilihat seolah-olah tidak pernah insaf apabila sekali
lagi dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin, atas kesalahan 
persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Walaupun ditangkap buat kali kedua dengan pasangan berbeza, janda berusia 25 tahun
dan berasal dari Kuala Ibai, di sini, dengan wajah selamba mengaku bersalah melakukan
kesalahan di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 
(Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah dengan pasangannya, seorang juruteknik, 29.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia yang bekerja sebagai promoter itu dijatuhi hukuman
denda RM3,000 manakala pasangannya yang berasal dari Johor Bahru pula dikenakan
denda RM2,600.Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan agar kedua-dua
mereka dipenjarakan lima bulan jika gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, pada 10 Oktober lalu, kira-kira jam 11 malam, sekumpulan 
anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah bilik di Hotel YT Mid 
Town, Jalan Tok Lam, di sini.

Selepas beberapa kali pintu bilik diketuk, seorang perempuan yang hanya memakai tuala
menampakkan coli serta seluar dalam membukanya sebelum pemeriksaan lanjut men-
jumpai seorang lelaki berseluar dalam sedang bersembunyi di dalam bilik air.

Hasil siasatan seterusnya, pasangan berkenaan mengaku bukan suami isteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.