Zunar
A sales assistant who operates online sales of my latest book “Sapuman – Man of Steal” on the website zunar.my has been called for a police investigation in Dang Wangi, next Monday 5th October 2015 at 12 noon under the Sedition Act. Sapuman is my 18th cartoon book. Previously, seven of my books were banned by the government and confiscated by the police. Other books included “Conspiracy to Imprison Anwar”, “Pirates of Carry-BN” and “Rose in Kangkong Land.”
This is the second online sales operator of my books being investigated by the police. In November 2014, a webmaster was investigated under the Sedition Act and the Penal Code. The police also harrassed the “Payment Gateway” MOLPay to disclose the names of my online customers, but the company claimed they refused to disclose the required information. My books cannot be sold in stores throughout the country due to pressures by the authorities.
I strongly condemn this latest police tactics to frighten people from getting access to read and buy my books. My sales assistant did nothing illegal as the “Sapuman – Man of Steal” is not officially banned by the government. On the contrary, the police should investigate who took RM2.6 billion of public funds instead of clamping down on book sellers who sell books legally.
29 September 2015
Zunar
Political Cartoonist
BACKGROUND
Zunar (Zulkiflee Sm Anwar Ulhaque) is a political cartoonist from Malaysia. With slogan, “How Can I be Neutral, Even My Pen Has a Stand”, he exposes corruption and abuse of power committed by the government of Malaysia through his art.
Zunar is now facing nine charges under the archaic Sedition Act and facing possible 43 years imprisonment and the court proceeding will start on 9 Sept 2015. He was detained and locked behind bars twice under the Sedition Act – first time was on September 2010 for two days and recently on 10th of February 2015 for three days.
Five of his cartoon books have been banned by the Malaysian government on the ground that the contents are “detrimental to public order.” His office in Kuala Lumpur has been raided a few times and thousands of his cartoon books were confiscated.
The printers, vendors, and bookstores, have been harassed. Their premises have been raided and they have been warned not to print or carry any of his books or their bussiness licence will be revoked. Last October, three of his assistants were arrested and taken to the police station for selling his latest cartoon books.
The webmaster, who manages his website and online bookstore, was called in by the police for questioning.
Award:
- “Courage in Editorial Cartooning Award 2011” by Cartoonists Right Network International
- Human Rights Watch Hellman/Hammett Award for 2011 & 2015
- International Press Freedom Award, Committee to Protect Journalist, New York 2015
BAHASA MALAYSIA
Polis mula siasatan terhadap buku terbaru, saya “Sapuman – Man of Steal”
Seorang pembantu jualan yang mengndali jualan online buku terbaru saya “Sapuman – Man of Steal” melalui laman web zunar.my dippanggil untuk disiasat polis di Dang Wangi, Isnin depan jam 12 tengah hari di bawah Akta Hasutan. Sapuman adalah buku kartun saya yang ke 18. Sebelum ini, tujuh judul buku saya diharam kerajaan dan dirampas polis. Selain itu, buku-buku lain termasuk, “Konspirasi untuk memenjarakan Anwar”, “Pirate of Carry-BN” serta “Ros in Kangkong Land.”
Ini adalah kali kedua pengendali jualan online buku-buku saya disiasat polis. Pada November tahun lepas, seorang webmaster, disiasat di bawah Akta Hasutan dan Penal Code. Terdahulu, polis juga menekan pihak “Payment Gateway” MolPay untuk mendedahkan nama-nama pelanggan online buku-buku saya, tetapi menurut syarikat itu mereka enggan mendedahkan. Buku-buku saya tidak boleh dijual di kedai-kedai seluruh Malaysia kerana tekanan oleh pihak penguasa.
Saya mengecam tindakan ini sekeras-kerasnya kerana ia adalah satu lagi taktik terbaru polis untuk menakutkan orang ramai dari mendapat akses untuk mmebaca kartun-kartun saya. Pembantu jualan saya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam urusan jualan kerana buku “Sapuman – Man of Steal” tidak diharamkan secara rasmi oleh kerajaan.Polis sepatutnya menyiasat orang yang mengambil RM2.6 bilion wang rakyat dan bukannya mereka yang menjual buku secara sah.
29 September 2015
Zunar
Kartunis politik
LATAR BELAKANG
Pada 10 Februari lepas, beliau ditangkap di dimasukkan ke lokap selama tiga hari di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik pemerintah berhubung penghakiman kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang yang sama.Pada 3 April 2015, Zunar di dakwa ke mahkamah atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Hukuman maksima untuk semua kesalahan ini adalah 43 tahun penjara.
Sebelum itu, pemerintah mengharamkan tujuh buku kartun beliau. Pengilang dan pekedai di seluruh Malaysia diugut supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku kartun Zunar.
Pada 28 Januari 2015, pejabat Zunar diserbu ketika beliau mengadakan pameran dan program di London. Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas 150 buku-buku kartun beliau. Ini adalah serbuan kali ketiga oleh pihak berkuasa di pejabat beliau – kali pertama pada Ogos 2009 dan seterusnya pada September 2010 di mana lebih 500 buku komik “Gedung Kartun” dan “Cartoon-O-Phobia” dirampas.
Pihak berkuasa juga turut menyerbu pekedai, pengilang dan penerbit dan mereka diberi amaran bahawa lesen perniagaan mereka akan ditarik balik sekiranya terus mencetak dan menjual buku Zunar.
* Pada 6 November 2014, tiga pembantu Zunar telah ditangkap dan disiasat kerana menjual buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “. Sebanyak 44 buah buku turut dirampas oleh polis.
* Pada 12 November 2014, pengendali laman web telah rasmi Zunar (zunar.my) disiasat polis. Polis juga meminta syarikat pengendali urusniaga penjualan, MOLpay untuk menyerahkan senarai nama-nama pembeli buku Zunar secara online.
* Pada 20 November 2014, Zunar disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
* Pada Julai 2010, lima judul buku Zunar bertajuk “Perak Darul Kartun”, “1 Funny Malaysia”,”Isu Dalam Kartun” Vol. 1, 2 dan 3 telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri atas alasan kandungannya “Mengancam ketenteraman awam.”
* September 2010, Zunar ditangkap dibawah Akta Hasutan dan dilokapkan selama 2 hari kerana penerbitan buku “Cartoon-O-Phobia.”
* September 2009, pejabat Zunar di Kuala Lumpur diserbu dan 500 buah buku “Gedung Kartun” dirampas.
ANUGERAH
- “Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial” oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI), 2011
- * Anugerah Hellman Hammett sebagai pembela hak asasi dari dari Human Rights Watch 2011, 2015
- * 2015 International Press Freedom Award, CPJ