Asmah Majid, ibu kepada remaja perempuan 14 tahun yang melarikan diri Ahad lalu , hari ini menyatakan ucapan maaf di laman Facebook.
Asmah memohon maaf sekiranya kehilangan anak perempuannya telah menimbulkan perkara negatif.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dan kepada rakyat Malaysia yang prihatin dalam mengikuti perkembangan anaknya.
Sementara itu,Harian Metromelaporkan Asmah reda dan bersyukur kerana anaknya ditemui oleh anggota polis dalam keadaan selamat.
"Saya kena terima sebab benda ini sudah berlaku. Saya sebagai ibu, saya tabah. Saya rela. Saya kuat. Saya terpaksa terima kebenaran."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.