`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 19, 2016

Syed Mokhtar Mohon Pinjaman RM1.5 Billion Untuk Proton



KUALA LUMPUR – DRB-Hicom milik Tan Sri Syed Mokhtar Syed Al Bukhary dilaporkan membuat permintaan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion dari kerajaan persekutuan demi Proton.

The Business Times yang berpangkalan di Singapura melaporkan, pinjaman tersebut akan digunakan Proton bagi tujuan pembangunan model terbarunya.

Laporan tersebut menyebut, pinjaman tersebut walaubagaimanapun mungkin tidak diluluskan ekoran harga minyak global rendah selain tindakan Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang kepimpinan kerajaan semasa sejak setahun lalu.


Proton juga pernah meminta pnjaman serupa berilai RM1.7 bilion pada 2014 namun ianya tidak jelas samada pinjaman tersebut diluluskan.

Sementara itu, nilai jualan model keluaran Proton merudum kepada 102,175 unit pada tahun lalu berbanding 115,783 pada 2014.

Pesaingnya, Perodua walau bagaimanapun mencatatkan penjualan lebih tinggi, iaitu 213,307 unit pada tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.