`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 7, 2017

Kerajaan bentang RUU penukaran agama sebelah pihak esok

Rang undang-undang baharu tersebut akan dibentangkan tanpa fasal yang mensyaratkan agama seorang anak perlu kekal meskipun berlaku penukaran agama salah seorang ibu bapa.
DEWAN RAKYAT
azalinaKUALA LUMPUR: Putrajaya akan membentangkan pindaan baharu rang undang-undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016, yang bertujuan menangani isu penukaran agama anak sebelah pihak esok pagi.
Bagaimanapun, RUU baharu itu akan dibentangkan tanpa Fasal 88A yang mensyaratkan agama seorang anak harus dikekalkan meskipun berlaku penukaran agama salah satu ibu bapanya.
“Pindaan ini perlu dilakukan untuk mengelakkan percanggahan dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” kata Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata pindaan baharu ini akan selari dengan keputusan mahkamah ke atas tafsiran Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, di mana agama seseorang bawah 18 tahun hendaklah ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaga.
“Jadi, kerajaan berharap semua akan lihat perkara ini secara positif dalam melindungi prinsip pelbagai kaum dalam masyarakat kita.”
“Saya berharap semua pihak dapat menyokong rang undang-undang baharu ini tanpa mempolitikkan perkara ini,” kata Azalina.
Awal hari ini, kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dengan tujuan menyelesaikan percanggahan akibat perbalahan berkenaan hak penjagaan berlainan agama antara ibu bapa Islam dan bukan Islam.
Rang undang-undang itu, yang dibentangkan November lalu, pada mulanya dijangka akan didebatkan pada sidang ini.
Satu peruntukan baharu juga termasuk dalam pindaan ini berkenaan agama anak itu, dengan Seksyen 88A(1) menyatakan jika seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak-anaknya kekal sama melainkan kedua-dua ibu bapa bersetuju atas penukaran agama anak mereka.
Peruntukan itu menyusuli pengumuman Perdana Menteri Najib Razak Mei tahun lepas bahawa kerajaan mahu menyelesaikan pertelingkahan antara orang yang baru memeluk Islam dan pasangan bukan Islam mereka mengenai agama anutan anak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.