`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 27, 2019

Jalur Gemilang Berbucu 5: Beberapa individu dipanggil untuk disoal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed.
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti syarikat tempatan yang mengendalikan imej digital sewaktu acara pembukaan kejohanan bola keranjang Piala Lum Mun Chak Maba/Milo ke-28 di Stadium Maba kelmarin, yang memaparkan rekaan Jalur Gemilang yang salah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata beberapa individu daripada syarikat berkenaan akan disoal siasat sama ada pada malam ini atau esok.
“Kita percaya akan dapat selesaikan kes ini dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Semalam, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) mengeluarkan permohonan maaf kerana bintang pada Jalur Gemilang yang dipaparkan sewaktu acara pembukaan kejohanan itu hanya mempunyai lima bucu.
Maba berkata kesilapan itu amat dikesali dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Mengulas lanjut, Huzir berkata, polis setakat ini sudah menerima sebanyak 9 laporan berhubung insiden berkenaan.
Katanya, sebanyak 4 rakaman percakapan daripada Maba sedang diteliti untuk membantu siasatan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalannya, Steven Sim Chee Keong mendesak tindakan paling tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencemarkan maruah Jalur Gemilang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.