`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 8, 2020

Sarawak, KKM bekerjasama tingkat jumlah katil pesakit Covid-19

Kerajaan berusaha meningkatkan kemudahan di Hospital Umum Sarawak untuk menampung kes Covid-19. (Gambar fail)
KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak dan Kementerian Kesihatan Malaysia bekerjasama untuk menyelesaikan isu ruang yang terhad untuk pesakit Covid-19 di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menteri Pelancongan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika dihubungi, mengesahkan pada masa ini terdapat ruang yang terhad di HUS untuk menampung kes Covid-19.
Terdahulu, pada sidang media, beliau berkata sehingga hari ini, Sarawak mencatatkan 18 kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 306 kes sejak 3 kes pertama dilaporkan pada 13 Mac.
Daripada 18 kes, 14 dirawat di HUS, 3 di Hospital Sibu dan 1 di Hospital Miri.
Beliau juga berkata 67 kes baru individu dalam siasatan (PUI) dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,864 kes direkodkan sehingga kini.
Karim, yang mewakili pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Douglas Uggah Embas, berkata setakat ini, tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytiharkan di mana-mana kawasan di negeri itu.
Trend semasa menunjukkan tiada peningkatan jumlah kes di mana-mana kawasan, katanya.
“Kita harap kita tidak akan sampai ke tahap itu kerana sekali satu kawasan diisytiharkan berada di bawah PKPD, orang ramai tidak akan dibenarkan meninggalkan rumah mereka dan semua perniagaan di sana akan ditutup,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat supaya mematuhi perintah kerajaan itu bagi mencegah virus itu terus tersebar.
Karim berkata 96.5% rakyat Sarawak patuh dengan sekatan di bawah PKP.
“Polis menahan 25 orang di negeri ini kerana melanggar sekatan jalan.
“Seramai 71 orang didakwa di mahkamah, dengan 57 mengaku bersalah, 16 orang dipenjara dan 35 didenda,” katanya.
Proses nyahcemar premis masih dijalankan di kawasan tertentu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.