`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 27, 2020

Kedai runcit didenda RM10,000 jual topeng RM2.40

Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng 3 lapisan ialah RM1.50 seunit.
CHUKAI: Seorang pemilik kedai runcit dikompaun RM10,000 kerana menjual topeng melebihi harga siling.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata hasil pemeriksaan penguat kuasa KPDNHEP Kemaman mendapati pemilik premis itu, wanita berusia 45 tahun, menjual 70 topeng 3 lapisan pada harga RM2.40 setiap satu.
“Semua barangan bernilai RM168 itu dirampas dan siasatan sekitar 12.30 tengah hari tadi dibuat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, harga jualan runcit bagi topeng ialah 15 sen seunit bagi 1 lapisan, 20 sen untuk 2 lapisan, RM1.50 bagi 3 lapisan dan RM6 seunit bagi N95.
Sementara itu, Saharuddin berkata, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), KPDNHEP Terengganu menjalankan 5,798 pemeriksaan dengan 87 kes kompaun membabitkan RM33,000.
Sebanyak 205 aduan diterima daripada orang awam turut diambil tindakan oleh pihaknya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.