`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 31, 2020

Majikan diberi subsidi Perkeso RM150 setiap saringan Covid-19

Majikan boleh menghantar pekerja menjalani saringan di klinik atau hospital yang diluluskan KKM.
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersetuju menyediakan subsidi kepada majikan yang menjalankan ujian Covid-19 terhadap pekerja menerusi perluasan skop Program Saringan Prihatin (PSP) berkuat kuasa esok.
Menteri Sumber Manusia M Saravanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan majikan dibenarkan membuat tuntutan subsidi bagi saringan Covid-19 sebanyak RM150 bagi setiap saringan yang dijalankan ke atas pekerja mereka yang mencarum dengan Perkeso.
“Program subsidi ini akan menggunakan peruntukan dana sebanyak RM200 juta yang diluluskan Perkeso sebelum ini.
“Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kerja Raya bersetuju supaya skop PSP Perkeso diperluaskan dengan menambah bilangan penyedia perkhidmatan saringan Covid-19,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya, majikan boleh menghantar pekerja menjalani saringan di mana-mana klinik atau hospital yang diluluskan oleh KKM.
“Di bawah program subsidi ini, pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan kawalan keselamatan di Selangor dan Kuala Lumpur akan diberi keutamaan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
” … (ini) selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjalankan saringan secara bersasar supaya rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.
Saravanan berkata bagi pekerja yang tidak termasuk dalam golongan sasar tersebut, kos saringan perlu ditanggung majikan sebagai kesinambungan kepada usaha pencegahan jangkitan Covid-19 dalam kalangan semua pekerja di negara ini.
Beliau berkata, prosedur program subsidi tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Portal Prihatin https://prihatin.perkeso.gov.my yang disediakan Perkeso. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.