`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 16, 2020

Klinik gigi terbakar, meletup

a sign above a door: Pintu kaca di bahagian hadapan klinik pergigian di Putatan, berkecai selepas berlaku letupan kecil - Foto NSTP/Juwan Riduan© Provided by Berita Harian Pintu kaca di bahagian hadapan klinik pergigian di Putatan, berkecai selepas berlaku letupan kecil - Foto NSTP/Juwan Riduanbhnews@bh.com.my
PENAMPANG: Sebuah klinik pergigian yang mengalami kebakaran kecil meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Putatan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, letupan berkenaan turut menyebabkan dinding belakang klinik roboh selain pintu kaca di bahagian hadapan juga berkecai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.05 tengah hari.
Katanya, sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, keadaan premis klinik pergigian yang terletak di tingkat satu berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian depan dan belakang.
"Api berjaya dipadam oleh orang awam menggunakan alat pemadam api dan pasukan bomba yang tiba di lokasi segera melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh mencetuskan kebakaran atau letupan semula," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian hanya membabitkan kebakaran kecil namun berlaku letupan dipercayai daripada bahagian makmal klinik berkenaan.
Katanya, bahagian Forensik JBPM masih menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran serta letupan berkenaan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian dan jumlah kerugian dalam insiden berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.