`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 16, 2021

Guru bakal dapat Internet percuma hasil kerjasama NUTP dan Yayasan YTL

 

Langkah pertama inisiatif ini adalah untuk memastikan para guru mempunyai akses data mudah alih untuk melaksanakan pengajaran dalam talian, kata Presiden NUTP Aminuddin Awang.

GEORGE TOWN: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Yayasan YTL dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi YES, untuk menyediakan kemudahan Internet percuma kepada guru di seluruh negara.

Melalui kerjasama itu, seramai 230,000 ahli NUTP masing-masing akan menerima secara percuma kad SIM dengan 40GB data yang akan dihantar tanpa sebarang caj ke kediaman mereka.

Memorandum itu ditandatangani Presiden NUTP Aminuddin Awang dan Pengarah Urusan YTL Communications Yeoh Seok Hong di AC Hotel, di sini.

Aminuddin berkata, inisiatif seumpama itu amat diperlukan ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19 dan sektor pendidikan sedang menerapkan konsep pengajaran dan pembelajaran secara maya, sekali gus mengelak pendidikan terbantut.

Beliau berkata, langkah pertama inisiatif berkenaan adalah untuk memastikan para guru, sebagai petugas barisan hadapan mempunyai akses data mudah alih dalam melaksanakan kaedah pembelajaran maya atau secara dalam talian.

“Langkah seterusnya menerusi inisiatif ini adalah untuk memperoleh peranti dan data bagi pelajar miskin agar mereka tidak terus tercicir dalam pelajaran, setelah sesi persekolahan di seluruh negara terjejas sejak Mac lalu,” kata beliau ketika berucap pada majlis itu di sini.

Aminuddin berkata, NUTP akan terus menyokong inisiatif YTL Foundation iaitu “Learn From Home” dan telah memilih pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan telefon pintar dan data Internet untuk mengikuti pelajaran.

“Kami bersyukur kerana YTL Foundation juga telah berusaha menyediakan telefon pintar dan data Internet percuma, selain kandungan pembelajaran percuma untuk keluarga B40,” tambah beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.