`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 8, 2021

15 termasuk 2 bawah umur ditahan berparti liar

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Shafee Abd Samad berkata, ketika serbuan kesemuanya sedang berhibur malah ada yang khayal dadah.

PETALING JAYA: Polis menahan 15 individu termasuk dua remaja bawah umur yang sedang berparti liar dan menghisap dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Ramai, Bukit Mertajam, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Shafee Abd Samad dipetik Bernama berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan polis menyerbu rumah itu pada 12.40 tengah malam dan menahan 12 lelaki serta tiga wanita.

Katanya, semua yang ditahan berusia 14 hingga 28 tahun.

“Semasa serbuan itu, mereka sedang berhibur dan ada yang menghisap dadah malah berada dalam keadaan khayal.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA), pil ekstasi, ganja dan ketamin yang kesemuanya bernilai RM1,871,” katanya dipetik Bernama.

Katanya ujian air kencing mendapati 10 lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu positif dadah manakala ujian terhadap dua lagi lelaki adalah negatif.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan siapa yang membekalkan dadah kepada mereka untuk berhibur di rumah tersebut.

“Kes itu disiasat menurut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan kompaun diambi Peraturan 19(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 4) 2021,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.