`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 9, 2021

‘Anak setan pakai tudung’, warganet kecam komen biadap terhadap pelajar dedah gurauan rogol

 

Tangkap layar komen guru berkenaan yang dikongsi bapa pelajar perempuan yang mendedahkan gurauan lucah seorang guru sebelum ini.

PETALING JAYA: Rata-rata warganet mengecam tindakan seorang pengguna Facebook yang didakwa seorang guru kerana membuat komen “biadap” terhadap pelajar sekolah menengah yang mendedahkan tindakan guru yang membuat gurauan rogol di sekolah.

Tangkap layar komen guru tersebut dikongsi oleh Saiful Nizam Ab Wahab yang merupakan bapa kepada pelajar itu.

Saiful berkata jika marah sekali pun kepada anaknya, adakah patut mengeluarkan perkataan seperti itu.

“Sekali pun marah, beginikah adabnya? Siapa yang kurang ajar agaknya ya,” katanya di Facebook.

Terdahulu, beliau berkongsi komen guru tersebut di ruang komen salah satu posting di Facebooknya.

“Hipokritnya.. anak setan pakai tudung.

“Ajarlah anak kurang ajar,” kata komen tersebut.

Warganet juga mengecam tindakan guru itu.

“Kalau gurunya macam itu, mana didikannya dekat anak murid. Minta jauhkan ajar anak bukan-bukan.

“Tutur kata kita lambang personaliti kita,” kata Aishah Rostam.

“Report tuan sampai orang ini kena siasat. Jangan biarkan orang mcm ini ada di sekolah,” kata Irkuys Dragneel.

“Anak murid gigih untuk ‘spread awareness’ dekat sekolah, tapi dapat cikgu macam ini. Jahanam anak bangsa,” kata Miraa Mahzan.

Sebelum ini, pelajar perempuan 17 tahun itu membuat laporan polis terhadap rakan sekelasnya yang melakukan ugutan rogol selepas beliau mendedahkan perbuatan gurunya membuat gurauan rogol.

Laporan polis itu bagaimanapun ditarik balik selepas remaja lelaki itu meminta maaf.

Namun selepas bercakap dengan Malaysiakini pada 27 April lalu, beberapa komen lucah dikesan dalam laman Facebook portal itu mengenai hantaran temu bual pelajar berkenaan, sekali gus mencetuskan kegemparan dalam kalangan warganet. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.