`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 2, 2021

Pensyarah saman Guan Eng, Steven Sim kerana memfitnah

Pensyarah kanan UUM, Kamarul Zaman Yusof berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta dua yang lain memfitnahnya dalam isu pemberian bantuan motosikal kepada seorang penghantar makanan.

PETALING JAYA: Penganalisis politik dan pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap tiga pihak, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kenyataan berunsur fitnah yang dibuat Lim pada 21 April antaranya mendakwa beliau memalukan kedudukan akademiknya dengan menulis di portal berita Harakah dan mempersoal motif Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim membantu seorang Melayu Islam di kawasan yang diwakilinya.

Kamarul juga berkata, Lim turut mendakwa bahawa beliau dengan jahat melabelkan Steven sebagai mubaligh Kristian Cina walaupun Steven tidak pernah menyampaikan khutbah di mana-mana gereja.

Dakwaan lain katanya ialah membandingkan secara tidak wajar pemberian sebuah motosikal oleh Steven dengan pemberian sebuah motosikal oleh seorang timbalan menteri Melayu.

“Membenci dan mencerca orang bukan Melayu atau bukan Islam membantu orang Melayu atau orang Islam dengan melabelkan mereka sebagai mubaligh Kristian Cina,” kata Kamarul dalam satu kenyataan, merujuk kepada Lim.

Sebelum ini, isu pemberian bantuan motosikal oleh Steven kepada seorang penghantar makanan menjadi tular selepas beberapa pengamal media dan netizen dilaporkan gagal mengesan individu terbabit.

Bagi merungkai persoalan itu, Kamarul tampil menawarkan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang boleh memberikannya maklumat lanjut tentang individu tersebut.

Kamarul berkata, selain Lim, beliau turut menyaman Steven dan bekas pegawai tugas-tugas khas kepada menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Noor Liyana Ahmad Marzuk kerana turut memfitnahnya berhubung isu pemberian bantuan itu.

“Saya amat menyesali tindakan liar dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menggunakan teknik buli siber dengan mengarahkan tentera siber untuk menyerang diri saya dan tempat saya bekerja dalam media sosial untuk cuba membunuh karakter saya serta menjatuhkan imej dan kedudukan saya di mata masyarakat.

“Bagi membersihkan diri saya daripada pelbagai tuduhan yang dilemparkan sehubungan isu pemberian bantuan motosikal oleh Steven, saya telah memulakan tindakan undang-undang ke atas tiga pihak yang memfitnah saya,” katanya. - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.