`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, July 27, 2021

Pesakit Covid-19 kuarantin kendiri ditemui meninggal dunia

 

Beberapa anggota bomba cuba membuka rumah mangsa di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya ditemui meninggal dunia oleh anak saudaranya, dalam kejadian di Tangkak, Johor.

Kematian Zuraimi Abd Aziz, 51, itu disedari ketika anak saudaranya ingin menghantar makanan ke rumahnya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak Rafiah Aziz, sepasukan bomba terdiri daripada 13 anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.48 pagi.

Katanya, mangsa ditemui terbaring di atas sofa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kejadian disedari anak saudaranya yang datang menghantar makanan, namun dia berasa curiga apabila makanan sebelum ini tidak disentuh.

“Dia kemudiannya menjenguk dari tingkap dan melihat bapa saudaranya terbaring di atas sofa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Rafiah berkata anak saudara itu terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan dan menyerahkan kunci rumah untuk melihat keadaan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.