`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 20, 2021

Bot rosak, 10 pemancing diselamatkan di laut selepas 8 jam

 

Kesemua pemancing warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 50 tahun itu berjaya didaratkan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. (Gambar APMM)

PETALING JAYA: Seramai 10 pemancing warga tempatan berdepan detik cemas tersadai di laut selama lapan jam, selepas bot dinaiki mengalami kerosakan di kedudukan 8.9 batu nautika barat daya Pulau Dua, Lumut, sebelum berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak.

Pengarah Maritim Perak Maritim Shahrizan Raman, berkata, bot terbabit mengalami kerosakan shaft propeller, kira-kira jam 7.35 malam.

Menurutnya, maklumat insiden itu diperolehi daripada Pusat Operasi Maritim (POMAR) Ibu Pejabat Putrajaya, selepas pemilik bot Sea Tull berkenaan melaporkan kejadian sambil meminta aset bantuan untuk menunda bot pancing berkenaan ke perairan Pulau Pangkor.

Susulan itu, aset APMM KM Rawa telah digerakkan untuk memindahkan kesemua pemancing ke atas bot Perkasa 1223 melalui titik pertemuan kedua-dua aset Maritim Malaysia pada 3.30 pagi Sabtu.

“Kesemua pemancing warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 50 tahun itu berjaya didaratkan dan dilaporkan dalam keadaan stabil sehingga tiba di jeti Perikanan Kampung Acheh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.