`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 19, 2021

Hujan lebat berterusan, Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat tanah runtuh

 

Jalan berkenaan runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus susulan tanah runtuh di Kilometer 52.35, berdekatan Air Terjun Masakob, pada jam 7 malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan, berkata laluan sepanjang hampir 30m itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya dipetik Bernama.

Katanya, tiada mangsa terbabit atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.

“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.