`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 20, 2021

Tiada laporan pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta, kata polis

 

Bukit Aman dalam kenyataan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berhubung kes pegawai SPRM direman kerana mencuri barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.

PETALING JAYA: Tiada sebarang laporan diterima setakat semalam berhubung tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencuri barang kes berupa wang tunai USD6 juta sebagaimana yang ditularkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu tular berkenaan.

“Polis mengambil maklum tentang isu viral berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana terlibat dalam kes curi barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.

“PDRM ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Abd Jalil berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahguna media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

Terdahulu, tular penulisan sebuah blog yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan reman membabitkan kes curi barang kes berupa wang tunai berjumlah USD6 juta.

Blog itu mendakwa terdapat laporan polis dibuat, namun tiada siasatan daripada pihak polis sebaliknya siasatan dalaman dilakukan SPRM selain mengaitkan kejadian itu dengan seorang lagi pegawai kanan dalam SPRM.

Menurut penulisan blog itu, kejadian itu membabitkan siasatan SPRM terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Ab Hamid. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.