`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 26, 2021

Ah Long hantar gambar pistol selepas tawaran pinjam wang ditolak

 

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, beliau menerima gambar pistol daripada Ah Long menerusi aplikasi WhatsApp pada 8 Okt lalu. (Gambar Pixabay)

PETALING JAYA: Gara-gara menolak tawaran pinjaman wang along, sebuah keluarga di Johor Bahru berdepan ancaman bunuh dan rumah dibakar.

Mangsa berusia 37 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, kereta adiknya yang diletakkan di rumah keluarganya di Taman Desa Jaya disimbah cat merah dan gambar pistol diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp pada 8 Okt lalu.

Lelaki itu berkata, kejadian itu bermula apabila adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Singapura terdesak menggunakan wang, lalu menghubungi sebuah syarikat pinjaman wang tidak berlesen awal bulan lalu.

“Bagaimanapun, adik saya berubah fikiran dan membatalkan hasrat membuat pinjaman selepas dinasihatkan keluarga.

“Namun, syarikat berkenaan tetap meneruskan pemberian pinjaman selepas memperoleh maklumat peribadi adik dengan memindahkan wang berjumlah SGD1,000 (RM3,079).

“Biarpun tidak bersetuju dengan pinjaman itu, adik tetap membuat bayaran penuh beserta bunga. Namun, tidak lama selepas itu, mereka memindahkan SGD2,000 (RM6,158) lagi, walaupun adik tidak memohon pinjaman lagi dan mahu memulangkan wang berkenaan, tetapi mereka menolak.

“Selepas tak tahan berkali-kali diganggu Ah Long itu, adik menyekat nombor telefon berkenaan. Namun, kini ahli keluarganya di Johor pula menjadi sasaran Ah Long,” katanya dipetik Harian Metro.

Ng yang juga peniaga akuarium berkata, beliau turut menerima mesej ugutan menerusi WhatsApp daripada nombor telefon berdaftar di Singapura yang mengugut akan membakar rumah dan keretanya, selain menyimbah cat merah.

“Saya turut menerima mesej WhatsApp daripada nombor telefon tempatan yang menghantar gambar pistol, selain memberi amaran supaya berhati-hati ketika keluar rumah.

“Saya dan isteri tidak pernah membuat pinjaman daripada sesiapa. Disebabkan bimbang akan keselamatan kami, saya membuat laporan polis di Balai Setia Indah pada 8 Okt lalu,” katanya.

Beliau berkata, lima hari selepas laporan polis itu dibuat, ibunya menghubungi beliau pada 11.30 malam 13 Okt lalu memaklumkan kereta adik bongsunya di rumah di Taman Desa Jaya disimbah cat merah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.