`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 26, 2021

Dakwaan menteri, bekas menteri rasuah, KDN sedia siasat, kata Hamzah

 

Hamzah Zainudin berkata, beliau baru mendengar dakwaan salah laku rasuah membabitkan menteri dan bekas menteri yang didedahkan ‘Edisi Siasat’ hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan polis mengenai dakwaan salah laku rasuah membabitkan pegawai kanan kerajaan yang didedahkan satu saluran Telegram “Edisi Siasat” beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, Menterinya, Hamzah Zainudin mengakui beliau baru mendengar dakwaan itu hari ini, yang dikatakan turut membabitkan menteri dan bekas menteri.

“Saya baru dengar…saya tidak tahu perkara ini. Bagaimanapun, segala kesalahan sesiapa sahaja, kalau ada laporan polis, kita akan beri kerjasama.

“Buat masa ini, saya tidak tahu,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing.

Beliau ditanya berhubung kewujudan saluran pendedahan terbabit dan adakah siasatan sudah dijalankan berdasarkan dakwaan “Edisi Siasat” itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.