`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 26, 2022

Lelaki Myanmar ditahan rogol kekasih bawah umur

 

Penahanan suspek dibuat susulan laporan keluarga mangsa pada Ahad lepas, menurut polis. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas dipercayai merogol kekasihnya berusia 14 tahun, kata Ketua Polis Daerah Marang Mohd Zain Mat Dris.

Beliau berkata, pihaknya menahan suspek berusia 30 tahun itu di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Marang, Terengganu pada 2.10 petang semalam.

Katanya, penahanan suspek dibuat susulan laporan daripada keluarga mangsa yang dibuat pada Ahad lepas, menurut laporan Harian Metro.

Zain berkata, hasil soal siasat awal, suspek mengaku merogol mangsa dan pemeriksaan lanjut telefon bimbit suspek turut menemui beberapa gambar bogel dipercayai gambar mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.