`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 26, 2022

Pekerja kondo didakwa ‘songlap’ wang setengah juta

 

Menurut polis, siasatan awal mendapati suspek mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat, sejak Julai 2016 hingga Sept 2020.

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang juga kakitangan perbadanan pengurusan sebuah kondominium di Kuala Lumpur yang didakwa melarikan wang pengurusan melebihi setengah juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields selepas menerima laporan dibuat pihak pengurusan kondominium berkenaan.

Beliau berkata, suspek wanita tempatan itu dikatakan menghilangkan diri bersama wang terbabit sejak Sept 2020.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat, sejak Julai 2016 hingga Sept 2020.

“Namun begitu, tindakan siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan jumlah kerugian sebenar dan dokumen lengkap daripada pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Amihizam berkata, beberapa saksi kes sudah dipanggil bagi membantu siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” katanya.

Beliau berkata, maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berdekatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.