`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 21, 2022

Saya tumbuk meja kalau tak puas hati, tegas Masidi berkait hak minyak, gas Sabah

 

Masidi Manjun (kanan) berkata sesuatu kepada Ketua Menteri Hajiji Noor sebelum sesi sidang DUN Sabah bermula hari ini. (Gambar Jabatan Penerangan Sabah)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, beliau tidak akan berlembut dalam soal menuntut hak negeri itu termasuk perundingan berkaitan hak minyak dan gas dengan kerajaan pusat dan Petronas.

Katanya, sebagai ketua pasukan rundingan kerajaan negeri, beliau memberi jaminan akan memastikan misi untuk mengembalikan hak Sabah ke atas minyak dan gas yang dikeluarkan dari negeri itu mencapai kejayaan yang dikehendaki rakyat.

“Pasal gas jangan risau. Walaupun saya ini orang kampung, orang Dusun atau orang bukit dari Ranau saya akan pasti mempertahankan hak Sabah.

“Saya sanggup keluar bilik rundingan dan tumbuk meja jika tidak puas hati,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang daripada Warisan Shafie Apdal pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Shafie yang juga ketua pembangkang DUN Sabah bertanya mengenai usaha kerajaan negeri dalam memastikan hak minyak dan gas negeri itu benar-benar dikembalikan seperti yang dituntut menerusi rundingan dengan Petronas.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, hasil ketegasan kerajaan negeri, Petronas bersetuju membangunkan fasiliti minyak dan gas terapung di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Katanya, projek itu akan dilaksanakan pada tahun ini seperti yang sudah dipersetujui.

“Petronas sudah bersetuju membina fasiliti ini di SOGIP, tiada toleh-toleh lagi dan insyaAllah akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Menjawab satu lagi soalan tambahan daripada ADUN Dilantik Yong Teck Lee berkaitan kerahsiaan rundingan dengan Petronas, Masidi menjelaskan perkara itu adalah kelaziman dalam amalan perniagaan.

Bagaimanapun katanya, kerahsiaan itu hanya berlaku ketika perundingan masih dijalankan tetapi isi rundingan akan terdedah dengan sendirinya apabila perkara yang dirundingkan berjaya dan menjadi kenyataan.

“Contohnya kita diberi hak ambil alih ekuiti syarikat Petronas, apabila sampai kita ambil alih ia akan didedah kepada orang ramai, tapi memandangkan ada saingan dalam perniagaan, ia dirahsiakan ketika rundingan.

“Namun, satu demi satu akan didedahkan juga kepada awam apabila tiba masanya. Itu niatnya kerahsiaan itu, bukan tidak mahu beritahu atau ada sesuatu yang kita mahu sembunyikan, tiada niat seperti itu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.