`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 26, 2022

Dakwaan ‘kartel’ mamak, Presma ambil tindakan terhadap akhbar

 

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan sekeras-kerasnya artikel mendakwa pemilik restoran mamak mengamalkan corak perniagaan berbentuk kartel. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar susulan dakwaan wujudnya perniagaan “kartel” restoran mamak, kata presidennya Jawahar Ali Taib Khan.

Beliau berkata, laporan polis akan dibuat di seluruh negara bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap penerbitan itu kerana memberikan maklumat salah serta menjejaskan imej industri restoran mamak.

“Presma menafikan sekeras-kerasnya artikel yang mendakwa pemilik restoran mamak mengamalkan corak perniagaan berbentuk kartel dengan cara memberikan modal untuk peniaga lain membuka kedai makan.

“Dakwaan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali kerana hakikatnya pemilik restoran, sama ada baharu berniaga atau menambah rangkaian perniagaan dengan inisiatif dan kesungguhan sendiri, bukannya ditentukan kartel seperti digambarkan.

“Kenyataan seperti itu menjejaskan imej serta nama baik pengusaha restoran mamak yang diketahui dari segi sejarahnya sudah bertapak di negara ini sejak sekian lama,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Jawahar turut mengingatkan media lebih berhati-hati dengan sebarang penulisan serta komentar supaya tidak tersalah fakta sehingga boleh membawa kepada implikasi perundangan.

“Presma menghargai kerjasama baik rakan media yang membantu mengetengahkan peranan yang dimainkan persatuan ini dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik serta berkualiti kepada masyarakat serta pelanggan setia kami,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.