`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 21, 2022

Kluster Influenza A dikesan di sekolah asrama penuh Gombak

 

Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, ujian Covid-19 ke atas 69 pelajar bergejala mendapati semuanya negatif. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu kluster Influenza-like illness (ILI) dikesan di sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Gombak pada 19 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, ia susulan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menerima notifikasi kes pertama daripada fasiliti kesihatan swasta membabitkan pelajar yang positif Influenza A.

“Hasil siasatan lanjut oleh PKD Gombak mendapati satu lagi kes membabitkan pelajar sekolah sama dimasukkan ke sebuah hospital swasta bagi menerima rawatan akibat jangkitan Influenza A.

“Siasatan mendapati secara keseluruhan, terdapat 226 pelajar mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak, dengan enam pelajar disahkan positif jangkitan Influenza A dengan kadar serangan jangkitan 32.7%,” katanya dipetik Harian Metro.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sehingga kini katanya, seorang pelajar positif Influenza A yang sedang dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil, manakala pelajar lain dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata, ujian Covid-19 ke atas 69 pelajar bergejala mendapati semuanya negatif.

Oleh itu katanya, PKD Gombak mengambil langkah kawalan dan pencegahan, termasuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah bagi menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan terus memantau situasi dan trend kejadian ILI di negeri itu serta memastikan langkah kawalan dan pencegahan dijalankan sewajarnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.