PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik Jabatan Perdana Menteri (JPM) “dipindahkan”, dipercayai atas alasan isu prestasi.
Sumber terdekat berhubung perkara itu memaklumkan kepada FMT, bahawa pegawai terbabit mendapat notis 24 jam untuk dipindah tugas.
FMT tidak dapat mendedahkan nama pegawai itu sementara menunggu maklum balasnya.
Ditanya kenapa pegawai itu “dipindah”, sumber berkata, tiada alasan dikemukakan.
Sumber lain pula berkata, pegawai terbabit dipersalahkan kerana menyebabkan JPM dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) tidak sehaluan.
“Ini melemahkan imej kerajaan,” katanya ketika menjelaskan keputusan pemindahan itu.
Dipercayai, pegawai kanan itu dipertanggungjawab bagi pembatalan saat akhir “takbir raya” di TV3, melibatkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan pembangkang lain.
Bulan lalu, Perikatan Nasional berkata, pihaknya dimaklumkan program berkenaan dibatalkan pada 10.11 malam, sembilan minit sebelum siaran dijadualkan.
Tangkap layar daripada emel TV3 dimuat naik dalam laman Facebook PN, mendakwa program dijadual itu tidak dapat disiarkan kerana “masalah teknikal”. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.