Thursday, December 14, 2023

Kerajaan terus bantuan khas pesara sepanjang 2024

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed, berkata bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dilanjutkan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2024, kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed.

Beliau dalam kenyataan, berkata perkara itu dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

“Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara, selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.