Thursday, December 14, 2023

Payung Rahmah jadi agenda nasional, kata menteri

 

Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif Payung Rahmah akan diperkasa. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Inisiatif Payung Rahmah diperkenalkan Allahyarham Salahuddin Ayub akan diteruskan kerana ia agenda nasional negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Ali.

Beliau berkata, inisiatif Payung Rahmah itu akan diperkasakan, bukan hanya melibatkan kementeriannya, malah merangkumi beberapa kementerian lain.

“Ia (Rahmah) jadi agenda nasional bukan hanya kementerian semata-mata, tetapi ia memayungi kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya selepas perasmian Karnival Barangan Malaysia oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Salahuddin, ketika menjawat jawatan tersebut, melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup, terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Anwar yang juga menteri kewangan sebelum ini, dilaporkan berkata kerajaan memberikan suntikan peruntukan RM200 juta bagi inisiatif Payung Rahmah untuk tahun depan menerusi Belanjawan 2024. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.