`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 19, 2024

‘Saya kritik kerana formula Rafizi’, Puad jawab dakwaan ayam tambatan PN

 

Puad Zarkashi berkata beliau memang menawarkan diri untuk dijemput sebagai tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ yang dikendalikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menafikan dirinya “ayam tambatan” Perikatan Nasional (PN) kerana sering mengkritik Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menjawab gelaran diberi Rafizi itu, Puad berkata kritikan itu dibuat kerana mahu timbalan presiden PKR itu membuktikan “segala formula” yang dikeluarkannya ketika menjadi pembangkang berhasil selepas beliau kini menjadi menteri.

“Kritikan saya menjurus kepada alasan beliau dahulu. Kini beliau menteri dan ada kuasa. Maka buktikan formula beliau berkesan. Contohnya Najib Razak turun, ringgit akan naik.

“Tetapi nampaknya ia tidak berlaku. Bahkan dia cuba mencari alasan lain,” katanya kepada FMT.

“Saya nafi jadi ayam tambatan PN. Itu hak mereka untuk memanipulasi kritikan saya terhadap Rafizi.”

Puad berkata, Rafizi perlu menjadi seorang menteri yang sedia menerima kritikan kerana kegagalan “formulanya”, akan menyebabkan kredibiliti kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim terjejas.

Adun Rengit itu mengulas kenyataan Rafizi di media sosial yang menamakan beliau, bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil dan pempengaruh media sosial Lim Sian See sebagai ayam tambatan PN kerana sering menyerang beliau serta kerajaan, sedangkan menjadi penyokong kuat Najib dari Umno yang juga sebahagian parti kerajaan perpaduan.

Rafizi juga mahu menjemput ketiga-tiganya sebagai tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ (YBM) pada bulan depan, yang ditunda selama dua minggu kerana beliau terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

Bagaimanapun, Rafizi berkata beliau akan mendapat maklum balas daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya Zahid Hamidi yang juga presiden Umno terlebih dahulu demi menjaga keutuhan kerajaan perpaduan.

Mengulas jemputan itu, Puad berkata: “Saya memang menawarkan diri untuk dijemput. Semoga dia cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Itu doa saya untuk dia.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.