`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 23, 2024

‘Jaman edan separuh gila, kita buat bersih dicerca’, PM bidas kritikan kos lawatan

 

Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen KLCC
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi ‘townhall’ sempena sambutan dua tahun kerajaan Madani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

KUALA LUMPUR
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menempelak kritikan terhadapnya dalam isu kos lawatan bersama delegasi dan pihak industri ke luar negara baru-baru ini, menyifatkannya ‘jaman edan’ atau separuh gila.

Anwar yang juga menteri kewangan mempersoalkan kritikan terhadap kerajaannya yang melaksanakan sesuatu prosedur secara bersih apabila meminta syarikat swasta menyertai lawatannya membayar sendiri kos mereka.

“Yang ikut rombongan syarikat swasta berpotensi untuk melabur atau mencari melabur seperti Proton, Petronas, Yinson, Sapura Energy, Top Glove dan syarikat semi konduktor…mereka sertai rombongan dan bayar kos sendiri.

“Itu pun jadi salah? Jadi negara ini kalau kita layan sangat yang curi, sakau dan rompak itu dipuja, tetapi kita cuba jalankan program cara bersih itu dicerca.

“Ini dipanggil jaman edan…separuh gila,” katanya pada sesi ‘townhall’ sempena sambutan dua tahun kerajaan Madani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan kerajaan menjimatkan hampir RM1 juta membabitkan kos penerbangan sewaan khas pesawat MAS jenis Airbus A350 membawa Anwar bersama delegasi rasmi dalam lawatan ke lima negara, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan hanya membiayai delegasi rasmi berjumlah RM1.662 juta bersamaan dengan 27% daripada kos keseluruhan, manakala delegasi perniagaan membayar 73% daripada jumlah terbabit ataupun RM4.5 juta.

Kos penerbangan sewaan khas itu adalah sebanyak RM6.162 juta.

Anwar melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov lalu atas jemputan rakan sejawatannya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Shanghai.

Beliau kemudian ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil mulai 9 Nov hingga 19 Nov. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.