`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, May 24, 2026

3 maut insiden latihan kecemasan pelantar minyak, menurut laporan

 Empat mangsa dipercayai dalam bot keselamatan tertutup sebelum tali menyokong bot tiba-tiba putus.

Sultanah Nur Zahirah Hospital terengganu
Tiga lelaki dilapor meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga maut selepas bot keselamatan dinaiki terhempas dari pelantar minyak dalam kejadian di luar pesisir Terengganu-Pahang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar 12 tengah hari itu, empat mangsa dipercayai dalam bot keselamatan tertutup bagi menjalani latihan pemindahan kecemasan, sebelum tali yang menyokong bot berkenaan tiba-tiba putus.

Kesan daripada impak berkenaan mengakibatkan semua mangsa dilaporkan parah.

Harian Metro memetik sumber sebagai berkata, sejurus kejadian semua mangsa dibawa keluar dari lokasi oleh pasukan penyelamat dan agensi berkaitan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, tiga daripada mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan,” kata sumber berkenaan dipetik.

Laporan menyebut mangsa maut adalah Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, Ahmad Fikri Zakaria, 38, dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37. Jenazah mereka kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Taufik Mohd Ruslan, 36, dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.