Kenyataan macam tu membayangkan yang Najib sendiri tak yakin boleh pertahankan negeri Johor melalui pilihanraya yang adil dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan Johor tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
mStar semalam terbitkan satu berita bertajuk "BN Akan Lakukan Apa Sahaja Demi Pertahan Johor - PM."
PEKAN NENAS: Barisan Nasional (BN) akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kubu kuat mereka di Johor daripada serangan hebat 'orang luar'.Malangnya laporan berita yang aku yakin 'cukup menarik' tu dah diganti dengan laporan lain bertajuk "Rakyat Diminta Pastikan Johor Kekal Kubu Umno & BN - PM"
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan. Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit BuntarAku tak sempat baca laporan tu, cuma sempat simpan link dalam facebook.
Carian di google pun ada tajuk laporan tu dan menunjukkan memang ada 'update' tak lama selepas laporan tu diterbitkan.
Mungkin kut editor mStar cepat perasan yang laporan tu boleh bagi kesan persepsi negatif kepada Umno BN Johor dan juga kepada Najib sendiri.
Apapun, memang tak heran kalau Najib keluarkan ayat macam tu pasainya mungkin Najib sangat tertekan dengan realiti keadaan politik di Johor sekarang ni. Penolakan rakyat Johor terutama sekali dari kalangan orang cina sangat jelas dan tak mustahil tsumani lebih besar bakal melanda Johor pada PRY13 nanti.
Lagi pun, Najib sebelum ni masa merasmikan Persidangan Agubg Umno tahun 2010 pernah keluarkan kenyataan yang lebih ekstrim dari tu:
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini. - Mkini.Kenyataan macam tu membayangkan yang Najib sendiri tak yakin boleh pertahankan negeri Johor melalui pilihanraya yang adil dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan Johor tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Kebelakangan ni memamg kerap keluar kenyataan dari Najib yang membayangkan Umno BNberhadapan laluan sukar di Johor.
Mkini melaporkan:
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa "rancangan besar" yang diatur kerajaan BN mungkin akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu. - Mkini.Tak pulak disebut apa "rancangan besar" najib tu. Tak mustahil ":rancangan besar" Najib tu adalah untuk memparaid harta rakyat di Johor dengan lebih hebat lagi berbanding projek Iskandar Johor dan Rapid Pengerang.
Sumber: cenangau
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.