Monday, September 16, 2013

Giliran lampu isyarat dirasmikan Menteri

Rasmi_Lampu_IsyaratKalau sebelum PRU13 lalu ada yang merasmikan lif, kali ini giliran lampu isyarat di rasmikan orang Umno. Bukan alang-alang yang merasmikannya, Menteri Kewangan ll, besar jawatan tu tapi takkan rasmikan lampu isyarat.
Bukannya apa, ada perasmian nampaklah kerjanya. Satu lagi dah kemaruk sangat nak bersama rakyat, lampu isyarat pun lampu isyaratlah. Mereka ni kekok nak bersama rakyat kalau tak rasmikan apa-apa. Boleh rasmikan tapi janganlah suruh Menteri Kewangan ll, DO pun boleh, tak pun panggil YDP Majlis Perbandaran.
Lekeh sangat nampak Menterinya sampai dah terpaksa rasmikan lampu isyarat. Selepas ni jangan ada yang terpaksa rasmikan nak tanam tiang lampu isyarat pula!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.