Friday, September 20, 2013

Kenapa tidak perlu bayar saman AES : Denda atau hukuman hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah bukan JPJ atau PDRM


Ramai yang keliru apabila Kerajaan umumkan diskaun 50% kompaun Saman AES... Sila baca, fahamkan & sebarkan untuk kebaikan bersama....

Saman ialah perintah/notis supaya hadir ke Mahkamah. Di dalam setiap Saman AES akan disebut begini :
"KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ....................."
Tidak ada sepatah ayat di dalam saman memerintahkan penerima saman untuk bayar saman. Denda atau hukuman hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah bukan JPJ atau PDRM.

Diskaun 50% adalah ke atas kompaun. Kompaun ialah tawaran menyelesaikan kes saman. Jika tidak mahu ke Mahkamah maka boleh dibayar kompaun dan kes dianggap selesai.

Di dalam Saman AES disebutkan begini :
"Kesalahan ini adalah kesalahan yang boleh dikompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum .................."
Kompaun tidak wajib dibayar walau berapa jumlah sekalipun. Jika kompaun tidak dibayar, maka penerima saman hendaklah ke Mahkamah.

KENAPA saya gesa supaya kompaun 50% tidak dibayar?

Kompaun hanya tawaran. Jika tidak dibayar, maka perlu ke Mahkamah. Sekarang sejak 18 Disember 2012, Pejabat Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah. Ini bermaksud jika penerima saman tidak membayar kompaun, mereka juga tidak perlu ke Mahkamah kerana saman-saman AES tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila Saman AES tidak dibawa dan tidak didaftarkan di Mahkamah, maka tiada apa-apa tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap penerima saman.

JADI, tak perlu risau samada akan disekat (senarai hitam) apabila hendak memperbaharui Lesen Kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu kerana tiada pihak boleh berbuat demikian selagi kes/saman tidak dibawa ke mahkamah.

Kalau ke Mahkamah tidak perlu kerana dibekukan prosiding Mahkamah, kenapa perlu bayar? Jawapannya tidak perlu.

Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.