Monday, October 28, 2013

Kronologi Pembunuhan Pegawai Bank AMBANK USJ

Kes pembunuhan dah sunyi sepi, now masing2 sibuk dgn harga kenaikan gula 35sen. Dan menjadi trend baru. Haritu trend 20sen, skang dh up skit. 35sen. Perihal pasal pembunuhan tu masih lagi menjadi soalselidik beberapa blogger yang agak pelik kenapa tidak syarikat yg terlibat tampil buat press statement. Rakyat malaysia nak kenal jugak, saper mamat/minah tokey syarikat security ni.

Ke nak pakai logik macai, malaysia masih aman. Sniper takde kat luar rumah.


Begitu banyak persoalan yang timbul dalam kes rompak dan bunuh di Ambank USJ baru-baru ni... Terlalu banyak cover-up yang dilakukan... Sampaikan rakyat jadi pening... Tak tau mana satu nak percaya...

1. KDN tuduh syarikat keselamatan cuai dan tidak buat siasatan latar belakang.

2. Kad Pengenalan suspek pula palsu... Tapi JPN senyap membisu... Iris Technology Sdn Bhd pon diam jer... Walhal syarikat ini yang bekalkan MyKAD.

3. JPN.pun dibawah KDN... Jadi isu ini balik kepada KDN. Menteri KDN iaitu Zahid Hamidi buat-buat pekak dan bisu tak keluarkan apa-apa statement.

4. KDN takmo kasitau dan dedahkan nama syarikat kawalan keselamatan yang terlibat... Biler blogger dedahkan Syarikat Securiforce Sdn Bhd yang terlibat... Langsung takder apa-apa input daripada pengurusan Securiforce Sdn Bhd secara rasmi...

4. Securiforce Sdn Bhd plak tuding kawalan Prima Sdn Bhd kononnya yang terlibat... Tapi takder satu pon statement rasmi dari Kawalan Prima Sdn Bhd.

5. Takder wakil dari mana-mana syarikat kawalan keselamatan nih hadir dan menunjukkan simpati waris mangsa.

6. Kenyataan media "kononnya" dari Securiforce Sdn Bhd hanya dibuat oleh blogger dan tidak melalui mana-mana media cetak dan elektronik yang sepatutnya.

7. Ambank sendiri tidak pasti sama ada mahu meneruskan kontrak kawalan keselamatan syarikat terbabit atau tidak.

8. Industri Insuran dan Takaful juga lengang tanpa ada cerita-cerita dan kekecohan macam biasa bila ader kes besar yang melibatkan tuntutan.

9. Adakah nilai RM450 ribu itu nilai sebenar atau nilai yang di"bloated"kan sekadar untuk memenuhi tuntutan Insuran & Takaful.

10. Paling best skali... Semacam ader "gag order" terhadap media... Sampaikan takder satu media pon berani nak risik dan dedahkan nama syarikat keselamatan yang terlibat. Mungkin disebabkan ader ugutan saman kot...

Jadi... Berasaskan semua point diatas... Ader beberapa point lagi yang malas gua nak sebutkan kat sini (sebab banyak sangat orang yang bengap tabley nak berfikir dengan rasional).... Disini gua nak dedahkan lagi dua senario kemungkinan

Pertama - Suspek adelah sebenarnya agen rahsia dari negara luar yang beroperasi di Malaysia dimana semua maklumat peribadinya serta dokumen perjalanan dan dokumen peribadinya telah dengan sengaja dibina dan difabrikasikan. Tapi... Gua kureng yakin sangat dengan kemungkinan nih pasai biasanyer special-ops operative takkan menonjolkan diri mereka ...

Kedua - Suspek aderlah pembunuh upahan @ bekas pembunuh upahan yang dalam masa yang sama mengambil upah untuk kawalan keselamatan.. Sebab itu dokumen peribadi dan perjalanannya semua palsu. Ini memudahkannya untuk menyelinap keluar selepas tugasannya selesai... Bagi kemungkinan yang ini pada gua ianya agak relevan skit...

Ntahlah...

Info Asal : CipanTapirTenuk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.