Tuesday, October 22, 2013

Nasihat Pakar Ekonomi Negara

Here is a piece of education written by Tun Dr Mahathir Mohamed :  NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

Before that here is something interesting I heard from someone. Recall the latest petrol price hike of 20 sen per litre for RON 95 fuel? There is something called the Fiscal Policy Committee or something that is chaired by the PM and populated also by the "advisors". They met and discussed the fuel price. The "advisors" wanted a 40 sen per litre hike - to save the subsidy bills and also to boost up Petronas' earnings. 

The PM said cannot - 40 sen per liter was too much. The PM wanted a 10 sen per litre hike. The "advisors" said 10 sen was too little. So they "discussed" - tawar menawar. Finally they compromised at a 20 sen per litre hike. That was why the price of RON 95 went up to RM2.10 per litre.

There were no econometric charts, CPI (consumer price index) comparison, inflation analysis etc. There was no science involved. 

The latest news is that the Pemandu dunggus are thinking up a "petrol price" mechanism that will do away with fuel subsidies altogether. Something like the UK model. Do whatever you want to remove subsidies but do it gradually. No cold turkey shock treatments like the 70 sen per litre hike under Slumberjack. It will kill the precarious economy.

Borrowing from what was said earlier by Rajendran (of the PKR), currently RON 95 is sold for RM2.10 per litre. The government subsidises around RM1.43 for the petrol. The user pays RM2.10 a litre. So in total, RON95 still costs about RM3.53 a litre for the Malaysian economy. 


Higher grade RON97 is only RM2.85 per litre without subsidy. So why not take the RM1.43 per litre subsidy from RON95, give it to RON 97 and sell RON 97 at RM1.42 per litre. It is a better grade fuel. Forget about RON 95.

The IMF Boss Christine Lagard has highlighted that there are 280 million unemployed people in the world (I think there are much, much more.) 

"The International Monetary Fund’s managing director Christine Lagarde has called for decisive action to tackle the eurozone’s “terrifying and unacceptable” levels of unemployment."



She says that the way to go forward is to create employment ie develop job creating industries, new wealth generating industries. Only then will there be sustained economic growth.

This is basic common sense. I have been saying that we have to create high tech, high employment industries. The RM60 billion Pengerang project should not be allowed to slow down at all.

This is where we are falling down. New wealth creatioin and new job creation is really slowing down in Malaysia.  petronas has slowed down the Rapid project in Pengerang. Some say because Petronas has not enough money. 

But Petronas has just invested RM15 Billion in oil and gas in Canada. Thats a lot of money. No doubt it creates strategic opportunities for Petronas in  Canadian gas but gas is now selling at record low prices around the world, except in Malaysia - which is hard to explain. 

Maybe Petronas seeks to make a killing by sourcing cheap Canadian gas and selling it at much higher prices here in Malaysia? Dont we all hate monopolies?

But why not spend that RM15 Billion in Pengerang and keep that Rapid Project moving? It will create more jobs for Malaysians as well. It will change our strategic footing in downstream oil and gas in this part of the world. 

Felda has taken out half a billion Ringgit to invest in a London hotel. Tabung Haji is investing half a billion Ringgit in Melbourne. That does NOT create employment for Malaysians. These are all taxayer funded, depositor funded or land settler funded enterprises. Surely there must be a strong socio-economic focus to determin how the monies are spent. Pasal apa ambil duit kita berbillion-billion pi bagi kat orang luar negara?

The Minimum Wage is now also causing more unemployment among the bumiputras especially those with basic education. Due to the numbers of unemployed bumiputra graduates, employers can hire these higher qualified bumiputras for RM900 a month - causing greater unemployment among those who have only SPM or PMR.

The Minimum Wage is also creating a new phenomenon - young people do not have to travel from the small towns to the big towns to look for higher paying jobs. The Minimum Wage means that they can stay in their towns and villages and still earn Minimum Wages of RM900. 

This will reduce the flow of fresh labour to the cities. This means that wages in the cities may have to be even higher to  attract people from the small towns and villages. It also means that the cost of doing business will become even higher in the cities.

Minimum Wages of RM900 in the towns and villages means that the cost of living in the rural areas will also go up - unnaturally. There will be more inflation driven by the Minimum Wages.

Now the introduction of any sort of consumption tax (GST etc) will push up inflation even more. Plus it is a wild assumption that small and medium enterprises (the vast bulk of businesses in the country) will collect the GST on behalf of the Gomen. 

It is possible that the GST that is collected will not reach the Gomen's coffers at all. It imposes extra work on businesses to collect the GST on behalf of the Gomen. Why would anyone in their right mind like to do such a thing? If the GST cannot be efficiently collected, the Gomen will lose tax revenue and go bust even quicker. Better watch out.  This sounds like another dunggu con-sultan idea without thinking things through thoroughly. This is Malaysia ok. Not Australia, UK or Europe. 

Anyway here is Dr Mahathir's economic master piece about the flawed idea behind a high wage economy without an accompanying 'high productivity' economny.

Oct 21st

Artikel in telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia , Oktober 20, 2013

1. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat. Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk upah dan gaji kepada kos sara hiup Negara.

2. Apabila upah atau gaji dinaikkan tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan mengurangkan dayabeli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang dinaikkan.

3. Kita tahu benar negara-negara yang pendapatan amat tinggi dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah dari kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup yang tinggi.

4. Yang akan menjadi kehidupan kita setaraf dengan negara maju ialah daya beli pendapatankita yang sama tinggi dengan dayabeli penduduk negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan dayabeli tidak bermakna samasekali. Sebaliknya ia akan menghalang pembangunan Negara kea rah sasaran menjadi Negara maj.

5. Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya pengeluaran (produktiviti), yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan. Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan. Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan kampong, bekalan api dan air, khidmat pelajaran dan kesihatan dan lain-lain. Banyak terdapat Negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap maju.

6. Kita perlu pisah kemajuan sesebuah negara dari pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan yang tinggi dengan sendirinya tidak bermakna Negara sudah maju (OSTB : contohnya lihat Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Brunei).

7. Hasrat Kerajaan tentulah untuk menjadi bukan sahaja negara berpendapatan tinggi tetapi menjadi negara maju dengan kuasa dayabeli rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada usaha daya keluar (produktiviti) yang meningkat yang akan menyumbang kepada dayasaing (competitiveness) negara. Kenaikan dayasaing Negara-negara Timur inilah sehingga mengalahkan Negara Barat yang menjadikan beberapa Negara Timur maju.

8. Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya, disebabkan dayabeli tidak naik bersama pendapatan.

9. Umpamanya kenaikkan upah minima katakanlah dari RM 700/- sebulan kepada RM 900/- sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang menerima RM 900/- sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji yang sama dengan mereka. Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah yang lebih tinggi akan meminta kenaikkan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya kenaikkan gaji minima kepada RM 900/- akan disusuli dengan kenaikkan gaji atau upah di semua pringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan menaikan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain kenaikan gaji dan upah, tanpa kenaikan produktiviti akan menaikan kos sara hidup.

10. Yang kedua kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan barangan dan khidmat yang kita beri kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja untuk sara hidup mereka.

11. Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang dari ekspot barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika dagangan kita merosot ekonomi kita juga akan merosot.

12. Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan daya keluar (productivity) yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri yang mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri yang lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang memerlukan kecekapan akal fikiran lebih dari kerja tangan akan menghasilkan barangan yang tinggi tambah nilai. Tetapi industri ini memerlukan pekerja yang lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera (engineer). Gaji mereka (pendapatan) tentulah tinggi yang mana ini menepati hasrat untuk menjadi negara kita berpendapatan tinggi (high income)

13. Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini sistem dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya untuk mengeluarkan penuntut yang memiliki ilmu-ilmu, terutama sains dan matematik.Untuk ini penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagi pun Bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa diguna dalam melatih dan mengajar dan juga memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.

14. Kefahaman Bahasa Inggeris tetap akan menyumbang kepada penambahan pendapatan. Ini tedapat dimana-mana sahaja.

15. Untuk pengekalan dan perkembangan bahasa kebangsaan, kita tidak boleh guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran. Kita perlu hadkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada pengajaran sains dan matematik sahaja. Mata pelajaran lain mestilah disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

16. Dimasa yang sama penguasaan Bahasa Inggeris perlu ditingkatkan. Pada kebiasaan untuk menuntut ilmu ke peringkat Masters (sarjana) dan Phd (doctorate) penuntut Malaysia kerap ke universiti luar negara. Bahasa pengantar di luar negara ialah Bahasa Inggeris, walaupun ada juga bahasa-bahasa lain yang diguna. Kebanyakkan buku teks yang diguna seluruh dunia didapati dalam Bahasa Inggeris.

17. Yang jelas ialah Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, bahasa dagang dan industri. Jika negara ingin menaikkan pendapatan melalui dagangan dan industri yang canggih dengan nilai ditambah yang tinggi, Bahasa Inggeris amatlah penting dan utama.

18. Oleh itu untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, langkah pertama ialah peningkatan penguasaan ilmu moden di kalangan rakyat, bermula dari sekolah-sekolah lagi.

19. Etika kerja juga perlu ditingkatkan. Satu contoh berkenaan keburukan etika kerja merosakan ekonomi negara boleh dilihat di United Kingdom. Kerana kesatuan sekerja menjadi begitu kuat sehingga dapat mendiri Kerajaan tuntutan dari kesatuan untuk kenaikan upah melalui ugutan menyebabkan pendapatan naik tanpa kenaikan daya pengeluaran. Akhirnya semua industri British gulung tikar dan ekonomi negara merosot.

20. Kenaikkan pendapatan memang baik bagi pekerja dan pengusaha. Tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya melalui dasar. Banyaklah yang perlu dipertimbangkan dan diselaraskan jika kenaikkan pendapatan tidak akan memburukkan ekonomi Negara dan kemajuannya.

1 comment:

  1. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.