Kalau setakat UPSR wang hantaran sekitar RM2, 000, SPM RM8, 000 tetapi jika ada PHD mencecah RM30, 000.
PETALING JAYA: Wang hantaran kahwin bukan lagi murah dan ini merupakan satu berita buruk kepada orang muda yang belum berkahwin baik lelaki mahu pun perempuan.
Orang lelaki akan menjadi bujang terlajak manakala wanita pula akan menjadi anak dara tua.
Khabar terbaru mengatakan nilai hantaran anak dara berkelulusan ijazah Pi zaman sekarang ini mencecah RM30, 000.
Sebenarnya ia mengikut taraf pendidik gadis. Kalau setakat UPSR wang hantaran sekitar RM2, 000, SPM RM8, 000 tetapi jika ada PHD mencecah RM30, 000.
Jika ini benar ini berita yang buruk kepada orang muda yang belum berkahwin, memungkin rakyat Malaysia yang tidak berkahwin akan bertambah ramai dari setahun ke setahun.
Kira-kira 10 tahun lalu rata-rata hantaran mas kahwin tidak sampai RM5, 000 atau bergantung kepada jenis pekerjaan.
Kalau tidak bekerja atau kerja kampung seperti menjahit baju, pasti jumlah hantaran tidak sampai RM5,000.
Apakah ini yang dituntut Islam?
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, Islam melarang mengenakan mas kahwin yang melampau sehingga membebankan orang yang ingin berkahwin.
Walaupun Islam melarang beliau berkata, masih ada lagi umat Islam yang berlumba-lumba untuk mengenakan mas kahwin yang mahal.
Murah tapi berkat
“Nabi kata perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling murah hantaran mas kahwinnya. Tetapi kenapa kita letak mas kahwin mahal?
“Kerana orang kampung ramai yang jahil. Ada juga yang berlumba-lumba meletakkan harga. Kalau rumah A RM5, 000, rumah B RM10, 000, rumah C pula RM15, 00,” katanya.
Bukan saja pendakwah, Pemuda Umno Raub turut membantah sebarang cadangan untuk menaikkan harga mas kahwin kerana ia membebankan mereka yang baru berumah tangga.
Ketuanya, Mohd Azra Abdul Wahab berkata, dengan keadaan ekonomi sekarang, cadangan tersebut dianggap sebagai sesuatu yang tidak berasas.
“Sekarang ini kos sara hidup semakin tinggi, justeru tidak perlu menambahkan lagi beban mereka yang baru hendak memulakan hidup berumah tangga.
“Itu belum termasuk kos kenduri kahwin dan wang hantaran yang kini juga semakin meningkat,” katanya.
“Apabila golongan muda terasa beban berkahwin itu melalui mas kahwin yang semakin mahal, ia mungkin akan menggalakkan lagi maksiat kerana tidak mampu menampung mas kahwin yang tinggi.
“Tidak mustahil sekiranya mereka bertindak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya sebelum berkahwin kerana tidak mampu menyediakan kelengkapan untuk berkahwin,” katanya lagi seperti dilaporkan Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.