Sunday, January 12, 2014

Hipokrasi Pemimpin Negara



Hendaklah kita ingat- bila kita tentang seorang individu bukanlah peribadi individu itu yang kita tentang- kita menentang perlakuan dan perbuatan nya. bila menteri mengadakan perkahwinan anak mereka atau meraikan harijadi mereka dengan berbelanja ratusan ribu Ringgit malah jutaan Ringgit- perbuatan mereka yang kita tentang.

Apa boleh kita buat jika mereka ada banyak wang? Jangan kita iri hati. Orang Melayu mesti bangga pemimpin mereka tidak papa kedana. Mereka simpan wang sebaik sahaja tahu membaca dan mengenali apa itu wang. Demikian juga kita jangan merungut bila anak DS Rosmah beli penthouse bernilai RM110 juta atau mendanai pembikinan filem- bukankah dia anak yang baik belajar dari ibu nya supaya menabung sebaik sahaja tahu membaca? Kamu orang kampong tidak mengajar anak2 kamu menabung apa pasal?Kamu yang salah kerana tidak mempunyai wawasan untuk anak2 kamu.

Orang Melayu kan suka pemimpin mereka kaya raya sebab biarlah mereka kaya- mereka Melayu. Biarlah mereka masuk rumah kita, meniduri isteri dan anak perempuan kita- bukankah mereka itu Melayu?

Bila kita kutuk nasihat Najib supaya rakyat belanja berhemah, bukan peribadi Najib yang kita tentang- tapi perbuatan hipokrit nya. kaum perempuan tetap sayangkan Najib kerana bibirnya yang merah itu, dan orang2 seperti Shahidan Kassim tetap akan mengucup tangan Najib sehingga berciut bunyi nya.

rakyat disuruh belanja berhemah ketika bil air dan api Najib berjuta Ringgit. Kos selenggara jet eksekutif kerajaan yang berjumlah 6 buah itu memakan belanja yang banyak. Kos minyak kapal terbang RM14.9 juta dan kos maintenance dan menyimpan jet2 VVIP itu ialah RM167 juta untuk tahun 2012. Bill letrik kediaman PM sehari ialah RM813,000 untuk 2012. Bil air pula sebanyak RM852 sehari untuk 2012.

Menteri dijabatan PM, Wahid Omar yang belum lagi menyelesaikan janji nya untuk menjelaskan kes rasuah Alcatel dan Telekoms semasa dia jaga bidang itu dahulu,  berkata dia pergi ke pasar setiap minggu dan tahu harga barang dan menasihatkan rakyat supaya belanja berjimat cermat. Kita tidak benci mereka secara peribadi, tapi kita benci hipokrasi nasihat mereka.

Semua pemimpin2 ini mempunyai ciri kepimpinan yang sama- tidak ada keberanian moral. Keberanian moral ialah untuk melakukan tindakan yang betul dan jujur bila berdepan dengan pandangan popular, rasa malu, skendel dan seumpamanya. Bila tidak ada keberanian, semua ciri2 murni yang lain tidak ada. Tidak ada prudence umpamanya yakni kebolehan mengimbangi antara kepentingan peribadi dan kepentingan orang ramai. Diri sendiri boleh lakukan perkara yang bertentangan dengan nasihat yang diberi kepada rakyat. Diri boleh belanja sesuka hati manakala rakyat disuruh ikat perut.

Kalau nak berjimat- jangan naikkan kadar TOL dan jangan naikkan kadar letrik. Jangan naikkan cukai. Tarik balik semua sabsidi. Naik kapal terbang komersial. Kawinkan anak di kampong dan balairaya atau atas padang. Buat pulut kuning untuk raikan harijadi.

Berhentilah jadi hipokrit.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.