Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang isteri bilamana dia dibelasah suami dan dihalau keluar dari rumah apabila suaminya kantoi membawa kekasih gelap ke rumah mereka di Jinjang.
Isterinya yang berumur 21 tahun yang sedang hamil 6 bulan itu ditumbuk dan ditendang di bahagian perut menyebabkan isterinya tersungkur mengerang kesakitan.
Ekoran dari itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Menurut mangsa, dia pulang ke rumah pada jam 8.30 pagi selepas beberapa hari di rumah keluarganya tanpa mengesyaki apa-apa terhadap suaminya.
Malangnya, bila sampai di rumah, suami tidak mengizinkan mangsa masuk menyebabkan dia pelik. Ditambah pula suaminya berulang kali meminta mangsa pulang kembali ke rumah keluarganya.
Sikap pelik suaminya itu akhirnya menimbulkan rasa marah si isteri sehingga mereka berdua bertengkar sebelum si isteri merempuh masuk ke dalam rumah dan menyebabkan suaminya berlari ke sebuah bilik dan mengunci pintu.
Mengesyaki sesuatu, mangsa mengetuk pintu bilik beberapa kali dan suaminya membuka pintu tidak lama kemudian dan kelihatan ada seorang wanita lain di dalam bilik berkenaan.
Lebih teruk lagi, si suami mengaku dia telah menjalinkan hubungan dengan wanita terbabit.
Mangsa yang berang dengan tindakan suami yang curang terhadapnya menyebabkan mereka berdua bertengkar. Namun, lelaki itu pula bertindak ganas menumbuk dan menendang muka isterinya selama beberapa minit.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.